India, UK bincang latihan ketenteraan bersama


INDIA dan United Kingdom (UK) meneroka peluang untuk memperdalam hubungan dalam aspek pertahanan menerusi kerjasama dalam latihan ketenteraan dan penghasilan senjata.

Perkara itu disepakati Menteri Pertahanan India Rajnath Singh dan Setiausaha Pertahanan Britain Grant Shapps semasa pertemuan dengan ketua-ketua industri pertahanan Britain di London pada Rabu.

“Enjin pesawat udara, pendorongan elektrik, peluru berpandu, pak kuasa dan sistem maritim dikenal pasti sebagai beberapa bidang tumpuan kerjasama itu,” menurut kenyataan Kementerian Pertahanan India.

Pertubuhan Pembangunan dan Penyelidikan Pertahanan (DRDO) India, Makmal Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTL) UK menandatangani perjanjian kerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan pada Selasa.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan UK pada Rabu, lawatan Singh ke Britain adalah yang pertama oleh seorang menteri pertahanan India dalam tempoh lebih 20 tahun.

Shapps mengumumkan rancangan UK untuk menghantar kapal perang ke rantau Lautan Hindi akhir tahun ini dan pelan untuk kapal pengangkut pesawat belayar ke sana pada 2025.

Kapal perang itu akan beroperasi dan berlatih dengan tentera India.

“Tidak dapat dinafikan dunia kini semakin mencabar, jadi adalah penting untuk kami terus membina hubungan strategik kami dengan rakan kongsi utama seperti India.

“Bersama-sama kita berkongsi cabaran keselamatan yang sama dan berpegang teguh pada komitmen untuk mengekalkan Indo-Pasifik yang bebas dan makmur,” kata Shapps.– Bernama, 11 Januari, 2024.


 



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen