India sedia AS$2.5 juta kepada UNRWA untuk kebajikan pelarian Palestin


India sumbang AS$5 juta tahun ini kepada pelarian Palestin. – Gambar EPA, 29 Disember, 2023.

KERAJAAN India mengeluarkan kumpulan kedua sebanyak AS$2.5 juta (AS$1=RM4.59) kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) bagi memenuhi sumbangan tahunannya sebanyak AS$5 juta bagi tahun 2023-2024.

Sumbangan itu yang diserahkan oleh Kuasa Usaha di Palestin Elizabeth Rodrigues bertujuan untuk menyokong program dan perkhidmatan teras UNRWA, termasuk pendidikan, penjagaan kesihatan, bantuan dan perkhidmatan sosial untuk pelarian Palestin, menurut Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA). – Bernama, 29 Disember, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen