11 pesalah kes rogol berkumpulan di India dipenjarakan semula


MAHKAMAH Agung India pada Isnin memerintahkan 11 banduan dalam kes rogol berkumpulan seorang wanita di negeri Gujarat pada 2002 kembali dipenjarakan.

Mahkamah tertinggi itu membatalkan keputusan kerajaan Gujerat untuk memberikan pengampunan kepada lelaki yang dipenjarakan kerana merogol Bilkis Bano dan membunuh ahli keluarganya, termasuk anak perempuannya yang berusia tiga tahun.

Bano berusia 21 tahun dan hamil lima bulan semasa menjadi mangsa jenayah itu yang berlaku ketika rusuhan yang menyebabkan lebih 1,000 orang kebanyakannya beragama Islam terbunuh.

Beliau menerima pujian meluas atas usahanya untuk mencari keadilan.

Pentadbiran Parti Bharatiya Janata (BJP) membebaskan 11 lelaki berkenaan pada Ogos 2022. – Bernama, 8 Januari, 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen