PM India rasmi lapangan terbang di bandar Ayodhya


Perdana Menteri India Narendra Modi berkata Lapangan Terbang Antarabangsa Maharishi Valmiki di Ayodhya dinamakan sempena nama penyair terkenal. – Gambar AFP, 30 Disember, 2023.

PERDANA Menteri India Narendra Modi hari ini merasmikan Lapangan Terbang Antarabangsa Maharishi Valmiki di Ayodhya.

Modi berkata lapangan terbang itu dinamakan sempena nama penyair terkenal Valmiki.

Perdana Menteri India itu turut merasmikan stesen kereta api dan projek jalan raya di bandar terbabit yang terletak kira-kira 135 km dari ibu negeri Uttar Pradesh, Lucknow.

Projek yang dilancarkan dan dirasmikan oleh Modi itu dianggarkan bernilai kira-kira AS$1.9 bilion.

Modi juga meletakkan batu asas untuk “Ayodhya Baharu” di “India Baharu”, kata ketua menteri Yogi Adityanath semasa acara perasmian. – Bernama, 30 Disember, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen