Lebih 9,000 orang awam terbunuh di Donetsk sejak 2014


SEKURANG-kurangnya 9,152 orang awam termasuk 233 kanak-kanak terbunuh dan 13,530 lagi cedera di Republik Rakyat Donetsk (DPR) sejak Mei 2014, lapor Sputnik memetik misi DPR ke Pusat Kawalan dan Penyelarasan Bersama (JCCC) bagi isu berkaitan jenayah perang Ukraine pada Isnin.

Menurut misi itu, sejak 17 Februari 2022, 4,778 orang awam terbunuh, termasuk 142 kanak-kanak. Dalam tempoh itu, Angkatan Bersenjata Ukraine membedil wilayah DPR sebanyak 28,767 kali dengan lebih 156,000 butir peluru.

Selain itu, sejak Februari 2022, lebih 3,300 kemudahan infrastruktur awam rosak, termasuk 193 kemudahan perubatan dan 674 institusi pendidikan, menurut misi itu. – Bernama, 2 Januari, 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen