Ukraine hasilkan 1 juta dron tahun depan, kata Zelensky


Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky berkata askar negaranya akan menerima dron buatan Ukraine dalam briged mereka. – Gambar EPA, 20 Disember, 2023.

PRESIDEN Ukraine Volodymyr Zelensky berkata negara itu akan menghasilkan satu juta dron tahun depan, sekali gus bakal menjadi faktor penting dalam pertempuran antara Kyiv dan Moscow.

“Kami akan menghasilkan satu juta dron tahun depan,” kata Zelensky, sambil menambah negaranya mampu untuk menghasilkan sendiri peranti moden itu.

“Askar kami akan menerima dron buatan Ukraine dalam briged mereka.”

Ukraine dan Rusia menggunakan dron secara meluas untuk menjejak kedudukan musuh masing-masing selain menggugurkan bahan letupan serta meletupkan sasaran.

Dron juga boleh dihantar untuk menyerang sasaran, atau hasil risikannya boleh diguna pakau untuk melancarkan serangan.

Lazimnya, serangan dron mencetuskan persaingan senjata antara Moscow dan Kyiv, dengan yang terbaru mereka merancang untuk menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyasarkan kedudukan Rusia dengan lebih baik dan bertahan daripada serangan.

Pegawai Ukraine memberitahu AFP, angkatan tentera memerlukan 100,000 hingga 120,000 dron setiap bulan dalam usaha untuk menangkis serangan tentera Rusia. – AFP, 20 Disember, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen