Mahkamah Perlembagaan Georgia benarkan prosiding pecat presiden


MAHKAMAH Perlembagaan Georgia pada Isnin membenarkan prosiding pemecatan ke atas Presiden Salome Zourabichvili dimulakan setelah beliau didapati melanggar undang-undang kerana membuat perjalanan ke luar negara tanpa kebenaran kerajaan, lapor Sputnik. 

Parti Georgian Dream telah memulakan usul pemecatan Zourabichvili berdasarkan fakta bahawa beliau ingkar dengan arahan kerajaan yang tidak membenarkan beliau melakukan perjalanan ke luar negara. 

“Semasa lawatan kerja pada 31 Ogos, 1 dan 6 September 2023, presiden menggunakan kuasa perwakilan dalam bidang dasar luar tanpa persetujuan kerajaan, oleh itu beliau telah melanggar perlembagaan,” menurut pengerusi mahkamah itu, Merab Turava.

Parlimen belum meluluskan keputusan mahkamah itu. Jika diluluskan, presiden akan dianggap disingkirkan daripada jawatan. – Bernama, 16 Oktober, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen