Peratusan mengundi 13% dan 18% di Pulai dan Simpang Jeram setakat 10 pagi


Berdasarkan data terkini SPR, 205,810 pengundi iaitu 165,509 di Pulai dan 40,301 di Simpang Jeram akan membuang undi hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 September, 2023.

PERATUSAN keluar mengundi direkodkan pada 13% bagi Parlimen Pulai dan 18% bagi kerusi DUN Simpang Jeram setakat 10 pagi hari ini,” kata Suruhanjaya Pilihan Raya. 

61 pusat mengundi dengan 362 saluran dibuka serentak pada 8 pagi hari ini untuk pilihan raya kecil itu.

Ia terdiri daripada 47 pusat mengundi di kawasan Pulai dan 14 di kawasan Simpang Jeram. Semua dijadualkan ditutup pada jam 6 petang.

Berdasarkan data terkini SPR, 205,810 pengundi – 165,509 di Pulai dan 40,301 di Simpang Jeram – akan membuang undi hari ini.

Pengundi ini akan memilih wakil baharu bagi menggantikan Salahuddin Ayub, yang meninggal dunia pada 23 Julai lalu.
 
Selasa lalu, 831 anggota polis menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi awal bagi PRK Pulai. Peratusan keluar mengundi adalah 90%.
 
Bagaimanapun, tiada pengundian awal bagi PRK Simpang Jeram.

Kedua-dua PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan calon bebas.
 
Di Pulai, calon PH Suhaizan Kaiat berdepan Zulkifli Jaafar dari PN dan calon Bebas Samsudin Mohamad Fauzi, manakala di Simpang Jeram, PH’s Nazri Abdul Rahman menentang Dr Mohd Mazri Yahya dari PN dan calon Bebas S. Jeganathan. – 9 September, 2023.
 



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen