Seorang maut bot penumpang karam di Filipina


Bot feri yang membawa 90 penumpang dan lima anak kapal dilaporkan dari bandar Calatrava di pulau Tablas, Romblon menuju ke Corcuera sebelum karam di perairan Corcuera. – Gambar AFP, 6 Ogos 2023.

SEKURANG-KURANGNYA seorang maut selepas bot feri yang membawa 95 penumpang karam di perairan Corcuera, sebuah bandar di pulau Simara di wilayah Romblon Filipina pada Sabtu, menurut Pengawal Pantai Filipina (PCG).

Bot terbabit membawa 90 penumpang dan lima anak kapal dilaporkan dari bandar Calatrava di pulau Tablas, Romblon menuju ke Corcuera sebelum kemalangan berlaku kira-kira 12.30 waktu tempatan, lapor Xinhua.

PCG memaklumkan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan.

Setakat ini, punca sebenar kejadian masih belum didedahkan. – Bernama, 6 Ogos 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen