SEKURANG-kurangnya 11 orang hilang selepas sebuah bot tunda terbalik di wilayah Cagayan di utara Filipina, kata Pengawal Pantai Filipina (PCG) pada Khamis, lapor Xinhua.
Menurut PCG, bot tunda dengan tujuh anak kapal itu hilang di perairan wilayah Cagayan pada Rabu ketika Taufan Doksuri membadai kawasan itu.
Empat anggota PCG yang dihantar ke kawasan itu untuk membantu turut dilaporkan hilang.
“Bot aluminium anggota PCG terbalik akibat angin kencang dan ombak besar,” kata PCG.
Usaha mencari dan menyelamat diteruskan sehingga pagi Khamis, tetapi digantung sementara waktu kerana cuaca buruk.– Bernama, 28 Julai, 2023.
Komen