Parti konservatif diramal menang pilihan raya tempatan Sepanyol


Bagi Komuniti Autonomi Madrid, ketuanya Isabel Diaz Ayuso boleh memerintah jika memperoleh 70 hingga 72 kerusi. – Gambar fail EPA, 29 Mei, 2023.

PARTI pembangkang utama di Sepanyol diramal meraih kemenangan dalam pilihan raya serantau dan tempatan yang diadakan pada Ahad, lapor agensi berita Jerman, DPA.

Pilihan raya kali ini menjadi medan ujian buat Parti Rakyat (PP) yang mewakili konservatif untuk menggantikan Perdana Menteri dari sayap kiri Pedro Sánchez.

“Kami optimis pengiraan undi akan memberikan gambaran yang baik,” kata penyelaras umum PP Elias Bendodo selepas keputusan tidak rasmi dikeluarkan.

Bagaimanapun, mengikut angka itu, PP hanya boleh mengharapkan majoriti mutlak di Parlimen serantau dalam Komuniti Autonomi Madrid.

Di Komuniti Autonomi Madrid, ketuanya Isabel Diaz Ayuso (PP), boleh memerintah jika memperoleh 70 hingga 72 kerusi. – Bernama, 29 Mei, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen