BERPULUH-PULUH penunjuk perasaan mengadakan bantahan di hadapan konsulat Sepanyol di São Paulo berhubung jenayah kebencian terhadap penyerang bola sepak Real Madrid, Vinicius Junior, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Peserta demonstrasi melaungkan slogan “La Liga racista” (perkauman La Liga) dan menuntut tindakan oleh kerajaan Sepanyol, lapor akhbar Folha de S. Paulo hari ini.
Seramai tujuh orang diberkas hari ini atas dakwaan mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman.
Vinicius dicemuh oleh penonton ketika perlawanan antara Real Madrid vs Valencia pada Isnin.
Pemain Brazil berusia 22 tahun itu menuduh liga profesional Sepanyol menganggap isu perkauman sebagai “normal” di Twitternya.
Ketuanya Javier Tebas menolak dakwaan itu dan menegaskan sembilan insiden perkauman dibawa ke mahkamah musim ini.
Presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva dan Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sánchez antara lain mengkritik jenayah kebencian terhadap Vinicius.
Di Brazil beberapa pengulas media dan ahli politik menyeru persekutuan bola sepak Brazil menangguhkan rancangan menganjurkan perlawanan persahabatan menentang pasukan Afrika di Sepanyol pada Jun. – Bernama, 24 Mei, 2023.
Komen