WHO isytihar Covid-19 bukan lagi kecemasan kesihatan global


Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus bagaimanapun memberi amaran keputusan itu tidak bermakna ancaman kesihatan telah berakhir. – Gambar AFP, 5 Mei 2023.

PANDEMIK Covid-19, yang meragut jutaan nyawa sejak lebih tiga tahun lalu dan menjejaskan ekonomi dunia, diisytiharkan bukan lagi kecemasan kesihatan global, kata WHO.

“Dengan harapan besar saya mengisytiharkan Covid-19 bukan kecemasan kesihatan global.

“Sekurang-kurangnya 20 juta kematian direkodkan secara rasmi,” kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus kepada pemberita di Geneva.

Pengumuman itu dibuat selepas jawatankuasa kecemasan WHO semasa mesyuarat ke-15 semalam setuju bahawa krisis Covid-19 tidak lagi memenuhi tahap kewaspadaan tertinggi organisasi itu.

Tedros bagaimanapun memberi amaran keputusan itu tidak bermakna ancaman kesihatan telah berakhir.

Amaran status kecemasan boleh dikembalikan semula jika keadaan berubah, katanya.

“Perkara terburuk yang boleh dilakukan oleh mana-mana negara sekarang ialah menggunakan pengumuman ini sebagai alasan untuk mengurangkan kawalan dan memberitahu rakyat supaya tidak perlu bimbang lagi,” katanya.

WHO pertama kali isytihar Covid-19 pada tahap amaran tertinggi bermula 30 Januari 2020, iaitu beberapa minggu selepas virus mula dikesan di China. – AFP, 5 Mei 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen