Laman web Jabatan Imigresen tutup sementara dipercayai digodam


Awal hari ini, laman web Jabatan Imigresen Malaysia gagal diakses selain memaparkan ia digodam oleh penggodam yang menggunakan nama 'CaptainSmok3r'. – Gambar Facebook, 4 April, 2023.

JABATAN Imigresen Malaysia menutup sementara laman webnya untuk kerja-kerja penyelenggaraan selepas dipercayai digodam awal hari ini.

“Dimaklumkan bahawa laman web Jabatan Imigresen Malaysia iaitu www.imi.gov.my sedang diselenggara buat sementara waktu.

“Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sistem Pertanyaan Dalam Talian (SPO) di https://eapp.imi.gov.my/.

“Sebarang kesulitan amat dikesali,” kata jabatan itu melalui satu hebahan di Facebook.

Awal hari ini, laman web Jabatan Imigresen gagal diakses selain memaparkan ia digodam oleh penggodam yang menggunakan nama ‘CaptainSmok3r’.

Imigresen bagaimanapun tidak mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara itu.

Dalam pada itu, polis di Bukit Aman memberitahu mereka sedang berhubung dengan Jabatan Imigresen untuk maklumat lanjut. – 4 April, 2023.
 



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen