AKADEMI Sains dan Seni Perfileman Amerika Syarikat mengumumkan senarai pendek untuk 10 kategori Anugerah Oscars 2023, lapor Sputnik.
Antara 10 kategori itu ialah Documentary Feature Film, International Feature Film, Music (Original Score), Animated Short Film dan Live Action Short Film.
Untuk Documentary Feature Film antara karya yang terpilih termasuk “Navalny” oleh pengarah Kanada Daniel Roher, “A House Made of Splinters” arahan imon Lereng Wilmont dan “All the Beauty and the Bloodshed” karya Laura Poitras.
Bagi kategori filem antarabangsa sebanyak 92 penyertaan diterima dan antara negara yang terpilih termasuk Argentina, Austria, Belgium, Kemboja, Denmark, Perancis, Jerman, India, Ireland, Mexico, Maghribi, Pakistan, Poland, Sweden dan Korea Selatan. Hanya lima calon terbaik akan dipilih.
Pencalonan Oscar 2023 akan diumumkan pada 24 Jan manakala majlis anugerah itu dijadual pada 12 Mac di Los Angeles. – Bernama, 22 Disember, 2022.
Komen