Pelakon Christopher Plummer meninggal dunia


Christopher Plummer, yang terkenal menerusi filem ‘The Sound of Music’, meninggal dunia pada usia 91 tahun semalam. – Gambar EPA, 6 Februari, 2021.

PELAKON veteran Kanada Christopher Plummer, yang terkenal menerusi filem ‘The Sound of Music’, meninggal dunia pada usia 91 tahun semalam.

Media Amerika Syarikat (AS) memetik pengurusnya Lou Pitt  berkata Plummer meninggal dunia di sisi isterinya Elaine Taylor di kediaman mereka di Connecticut.

“Chris seorang lelaki luar biasa yang amat disayangi dan disegani,” kata Pitt dalam satu kenyataan yang disiarkan Variety dan Deadline.

Plummer terkenal menerusi lakonannya sebagai Kapten Von Trapp bersama Julie Andrews dalam ‘The Sound of Music’, filem muzikal berkisar mengenai sebuah keluarga di Austria semasa Perang Dunia II. 

Beliau memegang rekod pemenang tertua anugerah Oscar ketika berusia 82 tahun bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. – AFP, 6 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen