Raja Charles III ikrar berkhidmat seumur hidup


Raja Charles III pada Jumaat menyampaikan titah pertama sehari selepas kemangkatan bondanya Ratu Elizabeth II, yang disiar secara langsung dari Istana Buckingham, London. – Gambar AFP, 10 September, 2022.

RAJA Charles III pada Jumaat berikrar untuk berkhidmat seumur hidup seperti bondanya Ratu Elizabeth II. 

Ketika menyampaikan titah pertama sehari selepas kemangkatan bondanya itu, Raja Charles turut memaklumkan bahawa putera sulungnya Putera William kini diangkat sebagai pewaris takhta Britian.

“Seperti yang Ratu sendiri lakukan dengan pengabdian yang tidak berbelah bahagi, saya juga sesungguhnya berjanji pada diri saya sepanjang hidup saya, dengan rahmat Tuhan, untuk menegakkan prinsip perlembagaan di negara kita,” titah Raja Charles yang disiar secara langsung dari Istana Buckingham, London.

Ratu Elizabeth II, 96, mangkat di Istana Balmoral, Scotland pada Khamis. 

Baginda raja Britain paling lama memerintah iaitu selama 70 tahun. – AFP, 10 September, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen