Istiadat pembukaan Parlimen UK tanpa kehadiran Ratu Elizabeth II


Ratu Elizabeth II tidak akan menghadiri istiadat pembukaan Parlimen UK hari ini dan baginda akan diwakili pewaris takhta, Prince of Wales, Putera Charles. – Gambar AFP, 10 Mei 2022.

RATU Elizabeth II tidak akan menghadiri istiadat pembukaan Parlimen hari ini, menurut kenyataan Istana Buckingham semalam.

Baginda akan diwakili pewaris takhta, Prince of Wales, Putera Charles. Turut dijadual hadir pada istiadat itu Putera William, lapor Agensi Anadolu (AA).

Kenyataan Istana Buckingham memaklumkan: “Ratu mengalami ‘episodic mobility’ dan tidak akan menghadiri istiadat pembukaan Parlimen esok (Selasa).”

Ini adalah kali ketiga Ratu Elizabeth II, 96, tidak dapat berangkat hadir pada istiadat itu.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini baginda juga tidak menghadiri beberapa acara.

Ia sekali gus mencetuskan persoalan dalam kalangan media tempatan sama ada Ratu Elizabeth II akan menghadiri sambutan Jubli Platinum tahun ini sempena memperingati 70 tahun baginda berada di atas takhta. – Bernama, 10 Mei 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen