7 Adun Melaka tak hadir sidang DUN kerana Covid-19


Ketua Menteri Sulaiman Md Ali yang mengesahkan perkara itu berkata ujian saringan Jumaat lepas mendapati empat Adun disahkan positif Covid-19, dan tiga lagi yang tidak hadir hari ini merupakan kontak rapat kepada pesakit. – Gambar Facebook, 27 Disember, 2021.

TUJUH Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melaka tidak hadir ke Persidangan Pertama (Khas) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 hari ini disebabkan Covid-19.

Ketua Menteri Sulaiman Md Ali yang mengesahkan perkara itu berkata ujian saringan Jumaat lepas mendapati empat Adun disahkan positif Covid-19, dan tiga lagi yang tidak hadir hari ini merupakan kontak rapat kepada pesakit.

“Kali ini kita bermesyuarat dalam keadaan yang berbeza, tidak mengikut peraturan-peraturan seperti mana notis yang telah pun kita berikan tempoh hari, disebabkan pandemik Covid-19,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar Persidangan Pertama (Khas) Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 hari ini.

Tujuh Adun yang tidak hadir ialah Rahmad Mariman (Ayer Molek), Mohd Noor Helmy Abdul Halem (Duyong), Siti Faizah Abdul Azis (Sungai Rambai), Rosli Abdullah (Kuala Linggi), Adly Zahari (Bukit Katil), Ngwe Hee Sem (Machap Jaya) dan Muhammad Jailani Khamis (Rembia). – Bernama, 27 Disember, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen