Obama dicalon dalam Grammy menerusi buku audio 'A Promised Land'


Bekas presiden Amerika Syarikat Barack Obama sebelum ini pernah dicalon dalam kategori sama, Best Spoken Word Album, pada 2006 dan 2008. – Gambar EPA, 24 November, 2021.

BEKAS Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama menerima pencalonan Anugerah Grammy untuk kategori Best Spoken Word Album menerusi audiobook ‘A Promised Land’, lapor Sputnik memetik kenyataan Recording Academy pada Selasa. 

Ini adalah pencalonan kali ketiga Obama, sebelum ini beliau pernah dicalonkan dalam kategori yang sama pada 2006 dan 2008.

Diterbitkan pada November 2020, ‘A Promised Land’ buku memoir dua jilid itu mengisahkan pembabitan awal Obama dan ketika menjadi presiden AS. – Bernama, 24 November, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen