Trump cekal, tak peduli serangan Biden, Obama


Tak bertenaga, tapi masih lagi bagus dari Joe Biden, sindir Trump. – Gambar AFP, 25 Oktober, 2020.

JOE Biden dan Barack Obama menuduh dan membidas lantang Donald Trump kerana tidak menangani krisis pandemik Covid-19 dengan baik. 

Bagaimanapun, Presiden Amerika Syarikat itu tetap ceria dan optimistik walaupun proses pengundian pilihan raya presiden cuma tinggal 10 hari lagi.

Trump berikrar dalam tiga kempennya yang diadakan dalam sehari, dengan menyasarkan negeri-negeri yang kritikal dalam usahanya menjauhkan jurang dengan Biden.

Bagaimanapun, usaha presiden AS itu selalu dikaburkan dengan realiti yang menakutkan, yakni peningkatan mendadak baharu kes Covid-10 dua hari berturut-turut, yang menjangkau 89,000 kes.

Musim sejuk mendatang juga dijangka bakal menyumbang peningkataan kes positif.

Setakat ini, virus itu telah meragut lebih dari 224,000 nyawa rakyat Amerika, malah majoriti pengundi berkata Trump tidak menangani krisis dengan bagus.

“Itulah presiden Donald Trump.

“Kami tidak ditunjuk bagaimana untuk hidup dalam situasi pandemik ini. Kamu yang menyuruhkami belajar untuk mati dengan virus itu. Ini salah.,” kata Biden semalam.

Kempen Biden menggunakan bekas presiden Barack Obama yang mengecam respons Covid-19 pentadbiran Trump.

“Idea bahawa Rumah Putih bekerja sebenarnya lebih membawa kepada kerosakan. Ini tak masuk akal,” kata Obama kepada para penyokongnya dalam kempen di Miami, Florida.

Trump menafikan kritikan Obama dengan berkata di Twitter, bekas kempen Obama membantu Biden itu hanya disertai oleh 47 orang sahaja.

“Tak bertenaga, tapi masih lagi bagus dari Joe (Biden)!” sindir Trump. – AFP, 25 Oktober, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen