SARAH Obama, nenek bekas Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, telah meninggal dunia pada usia 99 tahun di Kenya barat, kata anak perempuannya kepada AFP.
“Memang benar mendiang pergi bersama Tuhan,” kata Marsat Onyango, anak perempuan Sarah, “beliau meninggal pagi ini.”
Sarah Obama, yang terkenal sebagai Mama Sarah, telah dimasukkan ke Hospital Pendidikan Jaramogi Oginga Odinga di Kisumu.
Dahulu Sarah Obama sudah lama terkenal dengan bubur panas dan donat yang disajikannya di sekolah tempatan.
Tetapi beliau menjadi lebih terkenal di dunia pada 2008 selepas cucu tirinya Barack menjadi presiden kulit hitam AS pertama.
Dilahirkan pada 1922 di sebuah kampung di pinggir perairan Danau Victoria, Sarah adalah isteri ketiga Hussein Onyango Obama, datuk Presiden Obama, seorang pakar herba dan bekas pejuang untuk British di Burma, yang kini disebut Myanmar.
Onyango Obama, yang meninggal pada 1975, dikatakan orang pertama yang menukar pakaian kulit kambing untuk seluar di kampungnya. Beliau kembali dari perang di Burma dengan gramofon dan gambar wanita kulit putih yang didakwanya telah berkahwin.
Walaupun bukan pertalian darah, Obama sering menyebut Sarah sebagai neneknya.
Dalam perjalanan kembali ke Kenya sebagai presiden AS, beliau bertemu dengannya selain ahli keluarga lain di Nairobi.
Setelah meninggalkan pejabat, Obama pergi ke rumahnya di kampung Kogelo pada 2018, bergurau yang beliau tak dapat datang pada 2015 kerana jetnya terlalu besar untuk mendarat di Kisumu. – AFP, 29 Mac, 2021.
Komen