Varian Delta lonjakkan kes Covid-19 di Asia


Indonesia berdepan peningkatan mendadak kes Covid-19 dan mencapai kes harian baharu tertinggi dengan 1,300 kematian pada Isnin lepas. – Gambar EPA, 21 Julai, 2021.

INDONESIA, Iran dan Perancis berdepan lonjakan kes Covid-19 ketika kerajaan berusia memvaksinasi populasi dalam usaha mengekang varian Delta yang kian menular.

Hampir 3.7 bilion dos vaksin koronavirus diberikan di seluruh dunia, tetapi sebahagian besar suntikan diberikan di negara-negara kaya sementara negara-negara miskin ketinggalan untuk mendapatkan vaksin Covid-19.

Varian Delta yang mudah menular pertama kali dikesan di India melanda dunia, mendorong wabak baharu di Eropah dan Asia terutama dalam kalangan mereka yang tidak divaksin dengan lebih empat juta orang mati akibat virus berkenaan sejak wabak ini bermula.

Indonesia berdepan peningkatan kes mendadak, mengatasi India dan Brazil sebagai kawasan panas koronavirus dan mencapai kes harian baharu tertinggi dengan 1,300 kematian pada Isnin lepas.

Pihak berkuasa melarang orang ramai berkumpul termasuk mengadakan korban sempena perayaan Hari Raya Aidiladha.

Di Jakarta, ada yang mengabaikan larangan masuk ke masjid tetapi berkumpul untuk bersolat di jalanan sementara penduduk di Bandung meletakkan sejadah mereka di lorong-lorong jalan.

Iran berdepan gelombang kelima

Sebilangan besar Asia Tenggara ketika ini berdepan lonjakan virus koronavirus.

Filipina memberi amaran gelombang baharu selepas varian Delta dikesan, sementara Thailand semalam menempatkan lebih 12 juta penduduk di bawah perintah berkurung berkurung selama dua minggu.

Singapura pula semalam melarang perhimpunan ramai dan makan di kedai setelah lonjakan kes yang menular secara tempatan dikaitkan dengan bar karaoke dan sebuah pelabuhan memancing.

Kira-kira satu pertiga dari 100 juta penduduk Vietnam diarahkan untuk duduk di rumah pada Isnin lepas.

Iran pula berdepan gelombang kelima koronavirus susulan varian Delta yang menular di kawasan Timur Tengah.

Pejabat dan bank kerajaan di Tehran dan wilayah Alborz ditutup selama enam hari bermula Isnin, sementara kebanyakan kedai yang tidak penting serta pusat membeli-belah dan pawagam ditutup. – AFP, 21 Julai, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen