Abu Dhabi umum perintah berkurung waktu malam mulai 19 Julai


Abu Dhabi menguatkuasakan perintah berkurung tengah malam sehingga 5 pagi bermula 19 Julai ini. – Gambar EPA, 16 Julai, 2021.

EMIRIAH  Arab Bersatu (UAE) akan menguatkuasakan perintah berkurung waktu malam dan syarat kemasukan baharu ke ibu negaranya Abu Dhabi bermula 19 Julai ini bagi membendung penularan varian Delta.

Reuters memetik kenyataan Jawatankuasa Darurat, Krisis dan Bencana Abu Dhabi melaporkan perintah berkurung itu bermula tengah malam sehingga 5 pagi.

Perintah tersebut dikuatkuasakan bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan sepanjang tempoh tersebut, kata jawatankuasa itu.

Tiada pengangkutan awam dibenarkan semasa perintah berkurung dan orang ramai diarahkan duduk di rumah kecuali bagi urusan kecemasan.

UAE mencatatkan jumlah keseluruhan 656, 354 kes Covid-19dengan 1,885 setakat semalam sejak negara itu dilanda pandemik. Bagi kes pulih pula, seramai 634, 272 orang disahkan sembuh. – 16 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen