MALAYSIA hari ini melaporkan enam kes baharu Covid-19 yang mana separuh daripadanya adalah kes jangkitan tempatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini.
Penambahan kes baharu ini menjadikan jumlah jangkitan nasional kepada 9,397.
Ketiga-tiga kes tempatan itu melibatkan rakyat Malaysia. Kluster Benteng Lahad Datu menyumbang dua daripada tiga kes baharu yang disebarkan secara tempatan.
Dua kes yang berkaitan dengan kluster Benteng Pahad Datu adalah ahli keluarga. Mereka kini dirawat di Hospital Tawau, salah seorang diletakkan di dalam ICU.
Terdapat 16 orang dalam kluster ini.
Seramai 776 orangberkaitan dengan kluster tersebut sudah menjalani ujian saringan, 420 di Lahad Datu dan 356 di Tawau.
Daripada jumlah ini, 280 orang masih menunggu keputusan ujian.
Kes ketiga ditemui di Pulau Pinang selepas pesakit dimasukkan ke pusat perubatan selepas mengalami Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI).
Pesakit kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.
Sementara itu baki tiga kes merupakan kes import melibatkan bukan warganegara.
Dua pesakit dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh 24 jam terakhir selepas pulih dari koronavirus.
Ini menjadikan jumlah pesakit pulih akibat Covid-19 seramai 9,115.
Kes aktif pula seramai 154 orang dan tidak ada kematian dilaporkan menjadikan jumlah kematian kekal pada 128 orang.
Sementara itu seramai enam pesakit kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana tiga daripada memerlukan alat bantuan pernafasan. – 6 September, 2020.
Komen