Parti pembangkang utama enggan adakan pertemuan dengan Presiden Korea Selatan


Presiden Korea Selatan Moon Jae In mencadangkan diadakan pertemuan dengan pemimpin parti pemerintah dan pembangkang pada bulan ini, namun, ditolak parti pembangkang utama negara itu. – Gambar EPA, 17 Ogos, 2020.

PRESIDEN Korea Selatan Moon Jae In mencadangkan diadakan pertemuan dengan pemimpin parti pemerintah dan pembangkang pada bulan ini, namun, ditolak parti pembangkang utama negara itu, lapor agensi berita Yonhap memetik pejabat presiden pada Isnin.

“(Pejabat presiden) bersiap sedia untuk mengadakan pertemuan pada Ogos dan mengundang pemimpin parti bagi membincangkan mengenai semua urusan negara, jujurnya, tanpa membatasi hal itu pada agenda tertentu,” kata setiausaha kanan hal ehwal politik Choi Jae Sung. 

Choi berkata beliau mencadangkan pertemuan diadakan pada Jumaat tetapi ditolak pihak pembangkang utama iaitu Parti United Future (UFP), pada Ahad.

Pejabat Presiden mengatakan pertemuan yang dicadangkan itu adalah sebahagian daripada perjanjian sebelum ini, iaitu mahu mengadakan pertemuan suku tahun mengenai hal ehwal negara dengan pemimpin parti, seperti yang diadakan pada Februari dan Mei tahun ini.

“Moon sentiasa mencadangan perbincangan yang terbuka,” kata Choi. 

Cadangan pejabat presiden dilihat sebagai sebahagian usaha untuk bekerjasama dengan parti menjelang Majlis Perhimpunan Kebangsaan pada September, di tengah-tengah penurunan rating sokongan terhadap presiden dan Parti Demokratik. – Bernama, 17 Ogos, 2020.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen