Baik pulih ekonomi sepenuhnya jika mahu WKB berjaya, kata pakar


Sheridan Mahavera

Pentadbiran Pakatan Harapan memerlukan pemulihan ekonomi keseluruhan bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama mencapai sasarannya.– Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Oktober, 2019.

TIADA apa-apa kekurangan daripada pemulihan ekonomi Malaysia yang diperlukan sekiranya kerajaan Pakatan Harapan mahu mencapai sasaran 10 tahun Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB), kata ahli ekonomi.

Kecacatan utama dalam ekonomi kini digambarkan dalam bagaimana graduan kejuruteraan terpaksa bekerja sebagai penghantar makanan sedangkan pertumbuhan paling besar dalam pekerjaan baru adalah dalam bagi jawatan separuh mahir dan kurang mahir.

Ia juga mencerminkan bagaimana 50 keluarga paling kaya mengawal RM200 bilion kekayaan Malaysia, kata Prof Barjoyai Bardai dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kepada The Malaysian Insight.

Secara perbandingan, 30 juta rakyat Malaysia perlu berkongsi kira-kira RM50 bilion kekayaan negara, tambahnya.

Perbezaan inilah yang mahu pentadbiran Pakatan tamatkan dengan Wawasan Kemakmuran Bersama, yang pada dasarnya merupakan laluan ekonomi untuk 10 tahun akan datang yang akan dilancarkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Bagi pakar ekonomi, Prof Mohd Yusof Saari, wawasan itu hanya boleh berjaya sekiranya Pakatan sedia untuk membaik pulih ekonomi seperti mekanik membaik pulih enjin kereta.

Yusof memberitahu The Malaysian Insight pembaikpulihan mestilah termasuk:

* pasaran buruh, yang mana belia dihasilkan oleh sekolah dan universiti di negara ini tidak sepadan dengan kemahiran yang diminta oleh majikan.

* rantaian bekalan barangan dan makanan di mana kartel memonopoli dan menetapkan harga.

* ketidakseimbangan dalam pembangunan antara industri di kawasan bandar dan industri di kawasan luar bandar seperti pertanian dan perikanan.

* sistem cukai regresif.

“Bagi memastikan ia berjaya, Wawasan Kemakmuran Bersama perlu memperbaiki ekonomi keseluruhannya dan bukan sedikit demi sedikit kerana ia saling berkait,” kata Yusof dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Terjebak dalam teknologi rendah dan nilai rendah

Laporan sebelum ini menyebut agenda yang menjadi fokus utama adalah untuk mengurangkan perbezaan antara kawasan dan antara golongan kaya dan golongan pertengahan.

Wawasan ini juga menjadi teras utama pelan ekonomi Malaysia yang ke-12 dan ke-13 dan elemennya juga akan berada dalam Belanjawan 2020.

Barjoyai dari UKM mengatakan banyak pertumbuhan ekonomi yang telah dialami oleh negara sejak 60 tahun yang lalu telah banyak berlaku kepada firma besar dan pemilik modal.

Menurut data kerajaan yang digunakan untuk merangka rancangan itu, lebih daripada 60% industri, dari pembuatan ke perkhidmatan kepada komoditi, kekal berteknologi dan nilai rendah.– 5 Oktober, 2019.

Berita penuh di sini. 



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen