DUA pesawat Airbus A-400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikerahkan ke Pangkalan Tentera Udara Almaza di Mesir bagi mengangkut rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia untuk rawatan perubatan.
Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin mengesahkan perkara itu, dengan menyatakan butiran penuh misi itu akan diumumkan lewat minggu ini.
“Ya. Sila tunggu sehingga Jumaat ini, butiran akan diberikan,” katanya, lapor Bernama.
Pada 4 Ogos, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Malaysia bersedia membawa rakyat Palestin yang cedera, terutama wanita dan kanak-kanak, ke sini untuk mendapatkan rawatan.
“Insya-Allah, kami akan cuba sedaya upaya untuk membantu mereka. Kami akan bersuara (untuk Palestin) tidak kira siapa yang berdiri di hadapan kami,” katanya semasa perhimpunan Free Palestine di Bukit Jalil.
“Dan kami akan memberikan bantuan perubatan kepada mereka yang sakit, sama ada untuk mereka dirawat di sana (di Gaza) atau membawa mereka ke sini untuk rawatan. Kami akan terus membantu mereka.
“Kerajaan akan menyediakan dana (untuk tujuan ini), dan saya juga akan membincangkan perkara ini dengan beberapa negara lain,” kata Anwar. – 15 Ogos, 2024.
Komen