PILIHAN Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor akan diadakan pada 28 September, umum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.
Pengerusi SPR Ramlan Harun berkata penamaan calon pada 14 September manakala pengundian awal akan bermula pada 24 September.
Kerusi DUN Johor kosong berikutan kematian penyandangnya Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos.
Sharifah Azizah, 63, yang merupakan Ketua Wanita Umno Kluang, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di Kluang, Johor.
Bekas Ketua Wanita Umno Johor itu dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital itu selepas mengalami sesak nafas. – 13 Ogos, 2024.
Komen