RAMLAN Harun dilantik sebagai pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan itu diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan.
Mohd Zuki berkata pelantikan itu diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Ramlan, yang memiliki ijazah Sarjana Pengurusan Sumber Tanah dari Universiti Putra Malaysia, memulakan kerjayanya sebagai penolong pengarah di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika itu.
Seorang veteran selama 25 tahun dalam perkhidmatan awam, Ramlan juga megegang jawatan ketua setiausaha di Kementerian Pembangunan Luar Bandar sejak 2021.
Beliau menggantikan Abdul Ghani Salleh yang bersara pada 9 Mei selepas empat tahun menerajui suruhanjaya itu.
Ghani memegang jawatan itu sejak Ogos 2020.
Selepas persaraan Ghazi, kumpulan hak asasi manusia menggesa kerajaan melaksanakan pembaharuan dalam pelantikan pegawai SPR dengan memasukkan proses pemilihan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen antara lain.
Timbalan Pengerusi SPR Azmi Sharom juga menggesa perlunya ketelusan dalam melantik pesuruhjaya SPR, dengan berkata proses itu diselubungi amalan rahsia dan legap.
Pada 26 Mei, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan telah mengenal pasti calon pengerusi SPR, sambil menambah ia sedang menunggu proses sewajarnya selesai.
Tugas pertama pengerusi SPR yang baharu ialah PRK Sungai Bakap pada 6 Julai ini. Beliau juga akan mempengerusikan mesyuarat minggu depan mengenai kekosongan kerusi negeri Nenggiri di Kelantan. – 26 Jun, 2024.
Komen