Insinerator Rawang: Penduduk adakan bantahan 21 Jan ini


Noel Achariam

RTI merancang untuk menganjurkan lebih banyak perhimpunan sehingga kerajaan mendengar nasib mereka. – Gambar Facebook, 7 Januari, 2024.

PENDUDUK Rawang tidak berputus asa menentang rancangan pembinaan loji pembakaran sampah (insinerator) di Batu Arang selepas tidak dilayan kerajaan negeri Selangor sejak tahun lalu.

Bagi mendapatkan perhatian pihak berkuasa, Jaringan Rawang Tolak Insinerator (RTI) akan mengadakan satu lagi bantahan secara aman pada 21 Januari ini.

Jurucakapnya Abdul Hanan Abd Mokti bertegas suara mereka mesti didengar kerajaan negeri.

Katanya, sebab utama protes situ bagi mengingatkan pihak berkuasa dan Menteri Besar Amirudin Shari yang mereka tidak akan berganjak daripada pendirian itu.

“Protes ini untuk mengingatkan pihak berkuasa kami masih di sini. Kami sudah membuat beberapa permintaan untuk mengadakan pertemuan tetapi masih belum mendapat maklum balas.

“Ini (RTI) bukannya suara seorang dua tapi bersatu hati menentang projek insinerator itu,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Hanan berkata mereka sudah mencuba mendapatkan janji temu dengan menteri besar sejak enam bulan lalu namun tidak berjaya.

Beliau berkata bantahan itu akan diadakan pada 21 Januari (Ahad) bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari di tapak pasar malam Bandar Tasik Puteri.

“Kami menjangkakan orang ramai antara 500 dan 1,000 orang yang kebanyakannya penduduk Bandar Tasik Puteri dan kawasan sekitarnya seperti Kota Puteri, Batu Arang, Coalfields, Saujana dan M Residence yang terjejas oleh projek ini,” katanya.

Katanya, RTI merancang untuk menganjurkan lebih banyak perhimpunan sehingga kerajaan mendengar nasib mereka.

Tahun lalu, ADUN Kuang Mohd Rafiq Abdullah berkata penduduk Rawang sedang mempertimbangkan untuk memfailkan injunksi berhubung cadangan membina insinerator bernilai RM4.5 bilion di kawasan mereka.

Katanya, projek itu perlu disiasat dengan terperinci sebelum sebarang tindakan diambil.

“Projek ini masih dalam peringkat perancangan. Kita perlukan lebih banyak maklumat memandangkan ia masih belum dilaksanakan kerajaan negeri.

“Penduduk sudah menubuhkan jawatankuasa untuk meneliti perkara ini. Mereka mungkin boleh failkan injuksi untuk hentikan projek ini,” katanya. – 7 Januari, 2024.

Berita penuh di sin



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen