Mahkamah perintah pilihan raya diadakan semula di beberapa bahagian di Berlin


Mahkamah Perlembagaan Persekutuan Jerman semalam memutuskan pilihan raya umum 2021 mesti diadakan semula di beberapa bahagian di Berlin pada Februari tahun depan. – Gambar AFP, 20 Disember, 2023.

MAHKAMAH Perlembagaan Persekutuan Jerman semalam memutuskan pilihan raya umum 2021 mesti diadakan semula di beberapa bahagian di Berlin pada Februari tahun depan.

Kira-kira satu perlima daripada daerah mengundi di Berlin akan terlibat.

Pada pilihan raya September 2021 ramai pengundi dilaporkan tidak dapat mengundi kerana barisan yang terlalu panjang dan masa menunggu yang terlalu lama di pusat mengundi.

Ada juga kes kertas undi hilang dan beberapa pusat mengundi ditutup awal manakala ada yang dibuka lewat.

“Kerajaan Berlin menyediakan semua syarat-syarat yang diperlukan untuk memastikan pilihan raya di Berlin dapat diadakan semula,” kata Ketua Menteri Kai Wegner semalam.

Beliau yakin pilihan raya kali ini dapat diadakan dengan lancar.

Berikutan pandemik Covid-19 dan krisis tenaga, Jerman kini sedang bergelut untuk mengatasi krisis ekonomi.

Keadaan itu diburukkan lagi oleh kegagalan untuk memperuntukkan semula €60 bilion (AS$66 bilion) dana bantuan Covid-19 kepada Dana Iklim dan Transformasi. – Bernama, 20 Disember, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen