Setahun Malaysia madani


TANGGAL tarikh 24 November, 2022 mencatat hari yang penuh bermakna kerana landskap politik Malaysia berubah sekali lagi.

Cukup jelas di sini politik ini bersifat dinamik dan sentiasa mengalami perubahan. Pada tarikh tersebut gelaran bapa reformasi Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri ke-10.

Ini jelas selepas PRU15 lalu, kepimpinan politik mengalami perubahan yang drastik dan PRU15 ini menandakan noktah kepada semuanya kerana kesemua parti politik tidak mampu untuk membentuk kerajaan dan sejarah politik Malaysia parlimen telah tergantung.

Oleh itu atas nasihat YDPA terbentuklah kerajaan perpaduan yang ada pada hari ini.

Indikator yang jelas boleh kita rangkumkan di sini ialah baik atau buruk angka yang menentukan dan kawan ataupun lawan tetap boleh berubah berdasarkan kepada angka. Jika merungkai kembali pada tahun 1997, gelanggang reformasi bermula sewaktu Anwar dipecat dari jawatan TPM.

Elemen madani yang diterapkan kini sudah jelas beliau ingin perjuangkan sewaktu pemecatan tersebut.

Maka ungkapan Malaysia Madani menjadi kenyataan benar yang menghubungkaitkan antara ilmu, dan sikap dalam kehidupan manusiawi.

Seterusnya, dapat kita lihat juga unsur kepimpinan dalam konteks madani, oleh sebab ini merupakan kerajaan yang diterajui dengan gaya kepimpinan yang pelbagai ditambah lagi dengan pengalaman kepimpinan dari pelbagai parti politik yang lain disambut dengan lebih mesra oleh pengundi di Sabah, Sarawak dan juga Semenanjung.

Madani ini memberikan satu bentuk signal yang jelas iaitu struktur politik baharu dengan mengamalkan elemen asas demokrasi yang bersih, bebas rasuah, pengurusan yang cekap, kesamarataan dan sebagainya.

Elemen politik baharu ini sangat penting untuk memastikan negara dapat beralih ke satu bentuk fasa yang lebih baharu.

Fokus utama dalam Malaysia madani ini ialah Anwar hendak mengukuhkan perpaduan. Memfokuskan kepada agenda pembangunan pendidikan, memulihkan kos sara hidup masyarakat.

Kedua ialah penilaian kad prestasi Anwar bersama dengan kumpulan beliau untuk menilai apa yang telah dilakukan, apa yang patut dilakukan dan apa yang perlu dilakukan.

Ini penting untuk memberikan keseimbangan keatas gerak kerja kerajaan perpaduan untuk mengimbangi keresahan rakyat di luar.

Kos sara hidup yang semakin menebal dan meningkat ini cukup merisaukan rakyat dan ini perlu menjadi fokus utama pasukan kerajaan perpaduan untuk membawa satu solusi jelas kepada rakyat.

Anwar mempunyai sifat yang cukup luar biasa, dikenali sehingga negara luar, pelbagai hubungan antarabangsa dijalinkan selepas beliau menjadi perdana menteri dan Anwar tidak perlu sebarang nama untuk menghangatkan situasi kerana beliau sendiri mempunyai satu jenama yang khas iaitu “Reformasi”.

Setiap perkara yang dijanjikan mahupun dinyatakan oleh Anwar menjadi titik tolak mata dan telinga kepada rakyat kerana ini mengorak langkah yang progresif selepas 365 hari menjadi perdana menteri dan pelan tindakan yang diambil tersebut mampu untuk memberikan imbuhan yang secukupnya ataupun tidak ini terletak di tangan pengundi.

Struktur kerajaan perpaduan yang dibina sudah semestinya mempunyai visi dan misi yang jelas untuk sama-sama inspirasikan konsep Malaysia madani dan sama-sama melihat gaya kepimpinan beliau dalam konteks politik baharu ini sama ada jelas dengan matlamat beliau yang terdahulu atau sebaliknya untuk kebaikan negara kita. – 18 November, 2023.

* Sharmin Kutty Sivaraman adalah penganalisis politik di Universiti Malaya.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen