Kerajaan perpaduan 'no action, talk only', Syed Saddiq bidas Azalina


Ravin Palanisamy

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membidas kerajaan perpaduan hari ini kerana gagal melaksanakan pembaharuan asas yang dijanjikan sebelum ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 September, 2023.

AHLI Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membidas kerajaan perpaduan hari ini kerana gagal melaksanakan pembaharuan asas yang dijanjikan sebelum ini.

Beliau berkata ikrar Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menyediakan pembiayaan sama rata untuk ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, mandat pengisytiharan aset serta memerangi rasuah hanya sia-sia.

“Pada Mac perdana menteri bersetuju untuk memberikan peruntukan sama rata (kepada semua ahli Parlimen) tidak kira ahli Parlimen kerajaan atau pembangkang.

“Bagaimanapun selepas rundingan peruntukan masih sifar untuk ahli Parlimen pembangkang tetapi ahli Parlimen kerajaan mendapat antara RM3.8 juta dan RM4.5 juta untuk kawasan mereka,” kata presiden Muda itu pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau berkata ini bermakna kerajaan menghukum rakyat kerana fahaman politik mereka.

Beliau menggesa kerajaan menggubal undang-undang yang mewajibkan pengagihan pembiayaan yang adil untuk semua kawasan pilihan raya.

Syed Saddiq berkata perdana menteri pada Januari mengumumkan semua anggota Kabinet dikehendaki mengisytiharkan harta mereka.

“Sekarang sudah masuk September dan ini masih belum berlaku, katanya.

“Anwar juga pernah berkata tuduhan rasuah (terhadap orang berprofil tinggi) tidak akan digugurkan jika beliau menjadi perdana menteri tetapi kini kes digugurkan,” kata Syed Saddiq.

Bekas menteri belia dan sukan itu berkata kerajaan bukanlah pentadbiran “walk to talk” seperti yang didakwa.

Sebaliknya Syed Saddiq berkata pentadbiran Anwar adalah kerajaan “NATO – no action talk only”.

Awal bulan ini Syed Saddiq membawa parti Muda keluar dari blok kerajaan dengan tujuan menjadi “kuasa ketiga” politik.

Susulan keputusan itu kerajaan persekutuan kehilangan majoriti besarnya di Dewan Rakyat yang mempunyai 222 kerusi. – 18 September 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen