SEKURANG-KURANGNYA 21 pekerja maut dalam kebakaran di lombong arang batu di Kazakhstan, lapor agensi berita Jerman DPA.
Seramai 23 lagi pelombong disenaraikan sebagai hilang susulan insiden yang berlaku di bandar perindustrian Karaganda, kata syarikat ArcelorMittal.
Menurut syarikat multinasional itu, seramai 208 daripada 252 pekerja terselamat.
Pada Ogos lalu, kemalangan maut berlaku di satu daripada lombong milik syarikat sama.
Suruhanjaya yang ditubuhkan kerajaan mendapati syarikat itu perlu bertanggungjawab atas insiden berkenaan.
Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev dilapor mengarahkan kerajaan untuk menamatkan kerjasama pelaburan dengan ArcelorMittal. – Bernama, 28 Oktober, 2023.
Komen