Kazakhstan, Uzbekistan dicadang jadi tuan rumah bersama FIFA 2034


Kazakhstan dan Uzbekistan dicadang untuk buat tawaran bersama untuk menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia FIFA 2034. – Gambar EPA, 22 Julai, 2023.

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kazakhstan Adlet Barmenkulov mencadangkan agar Kazakhstan dan Uzbekistan mengemukakan tawaran bersama untuk menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia FIFA 2034, lapor Sputnik.

Menurut portal berita bola sepak Uzbekistan, Championat.asia pada Jumaat, Barmenkulov membuat cadangan itu semasa mesyuarat para Pemimpin Persatuan Bola Sepak Negara-negara Berbahasa Turki di Asia Tengah yang diadakan di Kyrgyzstan.

Hubungan mesra antara persatuan bola sepak Kazakhstan dan Uzbekistan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dapat disaksikan dengan pertandingan persahabatan antara pasukan kebangsaan dan kelab-kelab, kata Barmenkulov. – Bernama, 22 Julai, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen