Mesir umum koridor bantuan 'mampan' ke Gaza melalui Rafah


Laluan ke Semenanjung Gaza melalui persimpangan Rafah berdepan serangan oleh tentera rejim Israel menyebabkan ratusan trak bantuan kemanusiaan gagal melepasi sempadan.– Gambar EPA, 19 Oktober, 2023.

MESIR pada Khamis mengumumkan laluan bantuan kemanusiaan yang ‘mampan’ ke Semenanjung Gaza melalui persimpangan Rafah.

Pengumuman itu dibuat ketika beratus-ratus trak bantuan menunggu di pintu sempadan itu yang dihujani serangan oleh Israel.

“Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi dan Presiden Amerika Joe Biden telah bersetuju mengenai penghantaran bantuan kemanusiaan secara mampan ke Semenanjung Gaza melalui terminal Rafah,” kata jurucakap presiden Ahmed Fahmy dalam satu kenyataan, tanpa menyatakan tarikh. – AFP, 19 Oktober, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen