Belgium hantar jet pejuang F-16 kepada Ukraine mulai 2025


Menteri Pertahanan Belgium Ludivine Dedonder berkata negara itu akan menghantar jet pejuang F-16 kepada Ukraine seperti yang dilakukan oleh Belanda, Denmark dan Norway. – Gambar EPA, 12 Oktober, 2023.

BELGIUM akan menghantar jet pejuang F-16 kepada Ukraine seperti yang dilakukan oleh Belanda, Denmark dan Norway, kata Menteri Pertahanan Belgium Ludivine Dedonder, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Dedonder mengumumkan keputusan itu dalam temu bual dengan penyiar Belgium RTL di luar lawatan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky ke Brussels.

Belgium merancang menghantar jet pejuang itu ke Ukraine mulai 2025 apabila negaranya menerima model terkini F-35, katanya.

Bagaimanapun jumlah pesawat yang akan dihantar tidak dinyatakan.

Sebelum pengumuman Belgium sekutu Ukraine setakat ini menjanjikan lebih 50 pesawat untuk pertahanannya terhadap Rusia namun masih belum jelas bila pesawat pertama akan dihantar. – Bernama, 12 Oktober, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen