PM Belgium cedera kemalangan basikal


Kemalangan itu bagaimanapun tidak menjejaskan jadual Perdana Menteri Belgium Alexander De Croo untuk minggu akan datang. – Gambar AFP, 4 Jun 2023.

PERDANA Menteri Belgium Alexander De Croo dimasukkan ke hospital pada Sabtu akibat tidak sedarkan diri selepas terbabit dalam kemalangan basikal, lapor Agensi Anadolu.

Nahas itu berlaku ketika De Croo,47, menunggang basikal bersama anaknya berhampiran rumahnya di Brussels.

Beliau yang cedera di bahagian kepada telah dibawa ke Hospital Ghent. 

Bagaimanapun, beliau dibenarkan keluar hospital beberapa jam kemudian selepas ujian yang dijalankan oleh doktor mendapati tiada yang serius.

Nahas itu tidak menjejaskan jadualnya untuk minggu akan datang. – Bernama, 4 Jun 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen