BELGIUM melancarkan siasatan pada Jumaat selepas catatan media sosial seorang bekas anggota tentera mengancam untuk membunuh Perdana Menteri Alexander De Croo.
Suspek Sam H berkongsi hantaran di Facebook yang menunjukkan dia melampirkan gambar De Croo pada pokok dan menembaknya beberapa kali, lapor agensi berita Anadolu.
Pejabat pendakwa raya persekutuan berkata, suspek yang turut menyasarkan anggota Kabinet dalam klip video mungkin sudah meninggalkan negara itu.
Polis menggeledah rumah suspek yang tidak diketahui lokasinya.
Unit pemusnah bom juga dikerah ke tempat kejadian sekiranya terdapat jerangkap samar di rumah.
Brussels Times melaporkan beberapa jalan di perbandaran Limburg di Leopoldsburg ditutup berikutan hantaran media sosial itu. – Bernama, 8 Julai, 2023.
Komen