Permohonan suaka ke Eropah melonjak dalam tiga suku pertama 2023 


Sebanyak 801,459 permohonan suaka difailkan di 29 negara antara awal tahun dan 3 Oktober. – Gambar AFP, 11 Oktober, 2023.

LEBIH 800,000 permohonan suaka difailkan di Kesatuan Eropah (EU), Norway dan Switzerland pada tahun ini sehingga Oktober.

Angka permohonan itu adalah yang tertinggi sejak 2016 berbanding tempoh yang sama pada tahun-tahun sebelumnya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik akhbar Jerman Welt edisi Selasa.

Sebanyak 801,459 permohonan suaka difailkan di 29 negara antara awal tahun dan 3 Oktober.

Peningkatan terbesar dilaporkan di Latvia, pertambahan sebanyak 168% dan Estonia melonjak 119% yang berpunca daripada peningkatan jumlah penghijrahan dari Belarus yang tidak mengikut peraturan.

Jerman menduduki tempat ketiga dengan peningkatan 74% dalam jumlah permohonan berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Sementara itu, Denmark mencatatkan penurunan terbesar permohonan suaka sebanyak 56%, diikuti Malta turun 54%, Cyprus merosot  52% dan Austria turun 41%.

Negara yang mempunyai permohonan suaka paling sedikit setakat tahun ini ialah Hungary, dengan hanya 26 permohonan. – Bernama, 11 Oktober, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen