New Zealand lancar alat ramal kemarau


Alat baharu itu membolehkan ramalan hujan, kekeringan dan kemarau yang lebih kerap pada peringkat daerah dengan memberikan amaran awal tentang kemungkinan cuaca kering pada masa depan, menurut ahli meteorologi New Zealand. – Gambar EPA, 3 Oktober, 2023.

NEW Zealand telah melancarkan alat baharu untuk meramalkan kekeringan dan kemarau 35 hari ke depan, yang akan membantu petani agar lebih bersedia menghadapi keadaan cuaca yang mencabar.

Alat percuma itu yang dibangunkan oleh Institut Penyelidikan Air dan Atmosfera Kebangsaan (NIWA) dan Kementerian Industri Utama (MPI), menggunakan kecerdasan buatan terkini dan pemodelan cuaca jarak jauh, memberikan ramalan dari minggu ke minggu tentang hujan, kekeringan, dan kemungkinan kemarau 35 hari ke depan, lapor Xinhua.

Ramalan cuaca masa depan itu dikemaskini setiap hari, mencatatkan perubahan terkini dalam sistem iklim. Alat itu juga menawarkan ramalan jangka panjang pada resolusi ruang yang lebih tinggi daripada yang sebelumnya, menurut NIWA pada Isnin.

Ahli meteorologi NIWA, Ben Noll berkata alat itu membolehkan ramalan hujan, kekeringan dan kemarau yang lebih kerap pada peringkat daerah dengan memberikan amaran awal tentang kemungkinan cuaca kering pada masa depan. – Bernama, 3 Oktober, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen