New Zealand tetapkan peraturan vape bagi belia


Peraturan baharu itu menetapkan paras nikotin maksimum dalam cecair vape, selain mengehadkan risiko ketagihan bahan itu, terutamanya bagi golongan muda. – Gambar EPA, 22 Ogos 2023.

NEW Zealand menetapkan peraturan baharu menggunakan vape untuk mengehadkan golongan muda daripada rokok elektronik itu, lapor Xinhua memetik Menteri Kesihatan Ayesha Verrall pada Isnin.

Vape hendaklah berada sejauh mungkin daripada fikiran dan jangkauan kanak-kanak dan golongan muda, jadi kedai-kedai baharu yang menjual vape perlu berada dalam lingkungan 300 meter  dari sekolah dan pusat tumpuan masyarakat serta Marae (tempat pertemuan masyarakat Maori), kata Verrall.

“Vape memerlukan mekanisme keselamatan kanak-kanak, dan nama seperti ‘gula kapas’ dan ‘donut jeli strawberi’ akan diharamkan,” katanya sambil menambah hanya nama generik yang menerangkan perisa dengan tepat boleh digunakan seperti “beri”.

Peraturan baharu itu menetapkan paras nikotin maksimum untuk mengimbangi keperluan nikotin yang mencukupi untuk menjadi peranti berhenti merokok yang berkesan selain mengehadkan risiko ketagihan nikotin, terutamanya untuk golongan muda, kata menteri itu.

Peraturan itu, yang akan berkuat kuasa pada 21 September, mensyaratkan hanya vape yang mempunyai bateri boleh tanggal yang menjadikannya lebih selamat dibenarkan dijual di New Zealand.

“Kami mencipta masa depan di mana produk tembakau tidak lagi ketagihan, menarik, atau mudah didapati, dan perkara yang sama perlu berlaku untuk rokok elektronik,” kata Verrall. – Bernama, 22 Ogos 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen