TUJUH askar terbunuh pada Khamis di barat daya Niger dalam serangan yang disyaki dilakukan militan, dan lima lagi maut dalam kemalangan jalan raya ketika cuba bertindak balas terhadap serangan itu, kata menteri pertahanan negara.
Sebuah unit tentera diserang pengganas di bandar Kandadji, kata Menteri Pertahanan Salifou Mody dalam satu kenyataan, sambil menambah tujuh askar terbunuh dalam pertempuran itu.
Ketika cuba memberi bantuan kepada serangan itu, kemalangan tragis berlaku menyebabkan lima askar maut, sambungnya.
Tujuh lagi orang cedera dan dipindahkan ke hospital, katanya.
“Seramai 100 pengganas, motosikal dan senjata (mereka) musnah kira-kira 20km timur laut Ayorou di wilayah yang sama,” kata menteri itu.
“Operasi mencari dan memburu kini sedang dijalankan untuk menjejaki musuh.”
Wilayah Tillaberi, tempat serangan itu berlaku, terletak di zon yang dipanggil “tiga sempadan” di mana Niger, Burkina Faso dan Mali bertemu.
Kawasan itu adalah tempat persembunyian pengganas, terutamanya yang bergabung dengan Daesh di Sahara Besar. – AFP, 29 September, 2023.
Komen