2 dron Kiev ditembak jatuh, 1 disekat di Moscow


Datuk Bandar Moscow Sergey Sobyanin berkata di Telegram bahawa perkhidmatan kecemasan bandar itu sedang memeriksa kawasan di pusat perniagaan di Moscow untuk memeriksa kerosakan akibat serangan dron. – Gambar AFP, 23 Ogos 2023.

UKRAINE menyerang Moscow menggunakan tiga kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) dengan dua daripadanya ditembak jatuh oleh pertahanan udara dan UAV ketiga disekat oleh sistem peperangan elektronik, kata Kementerian Pertahanan Rusia pada awal hari ini, lapor Sputnik.

“Pada 23 Ogos pasukan pertahanan udara menggagalkan satu lagi percubaan rejim Kyiv untuk melancarkan serangan pengganas menggunakan tiga kenderaan udara tanpa pemandu terhadap bandar Moscow.

“Dua daripada UAV dimusnahkan oleh pasukan pertahanan udara di udara di atas wilayah Mozhaysky dan Khimki Moscow.

“UAV ketiga berjaya disekat oleh sistem peperangan elektronik dan setelah hilang kawalan, melanggar sebuah bangunan dalam pembinaan,” menurut kementerian itu.

Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

Datuk Bandar Moscow Sergey Sobyanin berkata di Telegram bahawa perkhidmatan kecemasan bandar itu sedang memeriksa kawasan di pusat perniagaan di Moscow untuk memeriksa kerosakan. – Bernama, 23 Ogos 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen