Lebih 50,000 keluarga terjejas akibat musim kemarau landa Sri Lanka


Lebih 180,000 orang daripada keluarga berkenaan berdepan kesukaran memperoleh bekalan air untuk diminum apabila musim kemarau melanda Sri Lanka. – Gambar AFP, 17 Ogos 2023.

LEBIH 50,000 keluarga di lapan wilayah di Sri Lanka terjejas akibat musim kemarau yang melanda negara, menurut Pusat Pengurusan Bencana (DMC) menerusi laporan situasi terkini pada Khamis.

Lebih 180,000 orang daripada keluarga berkenaan berdepan kesukaran memperoleh bekalan air untuk diminum manakala wilayah utara dan timur paling teruk terjejas, Xinhua memetik laporan DMC.

Sebelum ini Menteri Pertanian Mahinda Amaraweera berkata 37,000 ekar sawah musnah.

Pihak pertanian sedang menilai kerosakan dan pampasan yang perlu dibayar kepada petani.

Menurut Jabatan Meteorologi Sri Lanka, cuaca panas dijangka berterusan sehingga akhir September. – Bernama, 17 Ogos 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen