MEXICO telah mengisytiharkan darurat kemarau bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil langkah khas untuk menjamin bekalan air di kawasan yang terjejas.
Beberapa langkah dibuat untuk menangani kesan kemarau yang “teruk, melampau atau luar biasa”, kata pihak berkuasa air negara Conagua dalam satu kenyataan.
Antara langkah itu, pemegang konsesi air untuk kegunaan pertanian atau perindustrian boleh diarahkan untuk membenarkan penggunaannya oleh pihak ketiga.
Pihak berkuasa di beberapa bahagian Mexico, termasuk pusat kuasa perindustrian utara Monterrey, telah dipaksa untuk mencatu penggunaan air kerana takungan susut.
Gelombang haba dan kekurangan hujan bermakna isi rumah di Monterrey hanya mempunyai bekalan air selama beberapa jam sehari selama beberapa minggu.
Di beberapa kejiranan kawasan bukit, sudah lebih 50 hari sejak penduduk kali terakhir melihat air daripada paip mereka.
Di negeri barat laut Baja California, kekurangan bekalan air telah mencetuskan protes di beberapa bandar.
Di bahagian Mexico City, seperti daerah miskin Iztapalapa yang menjadi kediaman kepada 1.8 juta orang, ia adalah perkara biasa bagi pihak berkuasa untuk mencatu air dan menghantar lori tangki untuk menampung kekurangan bekalan.– AFP, 16 Julai, 2022.
Komen