Mali, Burkina Faso isytihar pengerusi Kesatuan Afrika persona nan grata


Ketua Kesatuan Afrika (AU) Azali Assoumani diisytiharkan sebagai persona non grata susulan kontroversi berkaitan gambar keluarga yang diambil semasa Sidang Kemuncak Rusia-Afrika bulan lepas. – Gambar AFP, 7 Ogos, 2023.

MALI dan Burkina Faso semalam mengisytiharkan ketua Kesatuan Afrika (AU) sebagai persona non grata susulan kontroversi berkaitan gambar keluarga yang diambil semasa Sidang Kemuncak Rusia-Afrika bulan lepas.

Presiden Comoros dan Pengerusi semasa AU, Azali Assoumani enggan muncul dalam foto bersama pemimpin Burkina Faso dan Mali yang kedua-duanya kerajaan dipimpin oleh tentera semasa sidang kemuncak di Saint Petersburg pada 27 Julai.

Assoumani dijangka melawat Mali dan Burkina Faso pada 14 Ogos sebagai ketua AU, tetapi lawatan itu dibatalkan selepas kejadian berkenaan, lapor Agensi Anadolu.

Semasa sidang kemuncak itu beberapa pemimpin Afrika memboikot gambar keluarga itu sebagai protes agar tidak bergambar dengan pemimpin kerajaan rampasan kuasa.

Selain Assoumani pemimpin lain berkecuali daripada dirakam gambar mereka termasuk Presiden Senegal Macky Sall, Presiden Guinea-Bissau Umaro Sissoco Embalo, Pengerusi Suruhanjaya AU Moussa Faki Mahamat dan Presiden Republik Congo Denis Sassou Nguesso.

Telah didedahkan pemimpin-pemimpin berkenaan tidak mahu bergambar bersama Presiden Mali Assimi Goita dan Presiden Burkina Faso Ibrahim Traore, kedua-duanya berkuasa melalui rampasan kuasa. – Bernama, 7 Ogos, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen