WFP tangguh projek malnutrisi di Yaman akibat kekurangan dana


Yaman terjerumus ke dalam kancah perang saudara sejak 2014 dengan puak Houthi menentang kerajaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan sekutunya. – Gambar AFP, 31 Julai, 2023.

PROGRAM Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP) akan menangguhkan projek malnutrisi di Yaman pada Ogos berikutan kekurangan dana, lapor Xinhua.

Dalam laporan yang dikeluarkan pada Sabtu, WFP berkata kekurangan dana dan gangguan berterusan dalam bekalan menyebabkan pihaknya tidak mempunyai pilihan selain menghentikan aktiviti itu.

Tindakan itu dijangka memberi kesan buruk kepada 2.4 juta individu yang kekurangan zat makanan di negara itu. 

Hanya 28 peratus dana yang ada bagi WFP melaksanakan aktiviti untuk enam bulan akan datang bermula dari Ogos 2023 hingga Januari 2024.

Yaman terjerumus ke dalam kancah perang saudara sejak 2014 dengan puak Houthi menentang kerajaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan sekutunya.

Perang itu mengganggu rantaian bekalan makanan di Yaman dan menyebabkan krisis kebuluran yang membawa negara termiskin di dunia Arab itu ke ambang kehancuran. – Bernama, 31 Julai, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen