SEORANG lelaki berusia 35 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dimasukkan ke hospital setelah mengalami serangan jantung semasa bermain di taman tema akuatik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kedua-duanya yang menaiki sebuah struktur besar kembung di taman air di Saint-Maximin-la-Sainte-Baume di Timur Marseilleya ditiup angin dan diterbangkan, kata pasukan bomba tempatan pada Ahad.
Pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan kedua-duanya dan ditebangkan dengan helikopter ke hospital di Marseille.
Taman ini menyediakan pelbagai elemen permainan kembung, termasuk gelongsor.
Menurut portal berita Perancis France Info, struktur kembung sepanjang 20 meter itu terbang di udara pada ketinggian kira-kira 50 meter. – Bernama, 31 Julai, 2023.
Komen